Lata Medang

Wednesday, June 10, 2015

Hi semua! Selamat pg :) Next cerita, trip pegi Lata Medang, trip tahun lepas bulan May 2014.

**Banyak cerita sebenarnya, tapi tak pernah cerita dalam blog. Kali ni, create new blog. Tulis apa yang aku nak cerita.

Lata Medang, tau tak Lata Medang ni dekat mana? Lata Medang ni terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Berhampiran perkampungan orang asli, Kampung Pertak sebelah Bukit Kutu. Lata Medang ni bukanla gunung, tapi air terjun. Trekking selama 2jam++.

Trip kali ni, under OGKL jugak. Tapi kami pegi asing. Pegi awal, dalam jam 9pg+- tapi sampai lambat sebab sesat ke laluan Bukit Kutu.

**Laluan Bukit Kutu dan Lata Medang pada mulanya memang satu jalan. Tapi nanti separuh jalan, korg akan nampak simpang ke kiri dan ke kanan. Bentuk macam Y gitu. Ke kanan ke Bukit Kutu, kiri ke Lata Medang.

Alhamdulillah kami sampai Air Terjun Lata Medang jam 12pm+. Masak-masak dekat atas tu, makan-makan, mandi-manda, solat semua. Hari dah gelap nak hujan baru siap bertolak nak turun.















Pada siapa nak pegi Lata Medang ni, meh aku nak review sikit pasal ni:

  • Air Terjun Lata Medang, KKB (Kuala Kubu Bharu)
  • Jalan Masuk di perkampungan orang asli, iaitu Kampung Pertak
  • Trek tak mencabar, biasa bagi aku.
  • Ambil masa 2jam+ (santai) sampai ke waterfall. Lagi laju lagi bagus.
  • Nak bercamping pun boleh, sebab ada campsite dekat-dekat situ
  • Air Terjun dia sangat best!

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar, 
AkuSeorangTraveler

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.