Kundasang Sabah - Desa Dairy Farm

Wednesday, June 10, 2015

Hi,

Pernah ke Sabah tak? Aku setakat ni, alhamdulillah dah pegi 5 kali agaknya atau lebih, tak ingat. Selalu pegi sebab ada bff aku kat sana. Senang kalau ada orang yang kita kenal, at least tempat tinggal boleh tumpang dia! :D

OK. Then, aku nak share trip yang aku pegi dengan bff aku. Kami pergi berdua je. Tak silap aku, pegi bercuti ni tahun 2012 bulan May.

*Lama dah, baru sekarang nak bercerita!

Kami dari Kota Kinabalu, ke Kundasang tu ambil masa lebih kurang 3 jam+- nak kesana. Lambat sebab takde highway. Jarak perjalanan sejauh 92.1km. Cik Google Earth ni kata ambil masa 1jam 52min.


Tapi disebabkan jalan berbukit, follow up belakang lori, jadi perjalanan kami lama. Lama pun berbaloi. Tempat cantik. Sebelum sampai Kundasang tu, kami sempat singgah Pekan Nabalu. Dekat situ dah nampak view Gunung Kinabalu yang tinggi di Malaysia tu. Wow! Tapi takde dalam gambar :p




Pekan Nabalu





Fuh. Kat situ dah rasa udara segar! Agak sejuk. Lepas jalan-jalan situ, snap gambar, pergi toilet (penting), beli ole-ole, kami pun bertolak terus ke Kundasang. Ambil masa dalam..... tak sampai sejam lagi kot.

Sebaik saja sampai, wah. Cantik pemandangan kampung-kampung dekat situ. 1st sekali kitorang cari Desa Dairy Farm, Kundasang. Orang kata, macam New Zealand. So, cepat-cepat pergi.

Bila sampai, wah! Indah sungguh pemandangan. Walau sekali-sekala ada bau "tahi" lembu kat situ hahaah!











Cantik kan! Kat sana, kita boleh tengok bagaimana diorang hasilkan susu lembu segar. Pemandangan jangan cakapla, memang cantik. Betul-betul rasa macam dekat New Zealand. Sejuk, sebab memang farm ni, terletak berhampiran dengan kaki Gunung Kinabalu. Sesaper ada dekat Sabah, boleh la pegi sini. Berbaloi walaupun agak jauh sikit dari Kota Kinabalu. Rugi kalau tak pegi!

Kat sini aku nak review sikit pasal farm ni.
  • Desa Dairy Farm
  • Terletak di Kundasang, Sabah berhampiran kaki Gunung Kinabalu
  • Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu ke sini dalam 92km
  • Luas ladang ni 199 hektar
  • Pemandangan superb! Memang macam New Zealand
  • Tiket masuk RM4 (Malaysia). Kalau foreigner RM10. Masa ni takde GST! :p
  • Dibuka dari 8pg-5ptg (Lunch break dari jam 12tgh-1ptg)
  • Nak pegi boleh contact nombor ni +6088-889562. Kalau no ni salah, sory. Sebab aku dapat no tu dekat website trailofasia.com
Sekian.

Nota Kaki: Korang tinggal kamera masa travel, memang sangat rugi. Semua nak simpan dalam kepala, memang tak dapatla nak ingat semua kenangan manis macam ni. Wakaka!

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar, 
AkuSeorangTraveler

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.