/ Tuesday, June 23, 2015

Koki Bandung

Salam, hi.

Lama bercuti ke Sabah, kalau tak jalan-jalan cari makan tak sah.

Jom ke Koki Bandung.

Koki Bandung ni adalah salah satu restoran yang pernah aku singgah makan di Kota Kinabalu, Sabah haritu.

Aku try Ayam Penyet dia. Sedap owh!

Restoran Koki Bandung disebalik pokok
Restoran ni terletak di Alamesra, Plaza Permai Kota Kinabalu, Sabah. Agak dekat dengan One Borneo, kalau tak silap aku. Makanan kat situ sedap-sedap.

Kalau kita nak rasa makan betul-betul macam berada dekat indonesia, tersedia side yang boleh kita duduk atas pangkin. Kira duduk atas lantai yang bermeja. Dialunkan dengan muzik dari indonesia. Rasa makanan pulak, original dari Indonesia. Pergh!

*Dah rasa macam dekat Indonesia!


Konon macam dekat Bandung!
Harga menu di restoran ni, nak kata mahal tak. Nak kata murah sangat pun tak. Dibawah ni adalah antara menu yang ada, banyak lagi sebenarnya. Sempat snap satu je :)

Kalau harga yang belas-belas tu, jangan risau. Ianya banyak!
Set Ayam Penyet yang aku order. Memang sedap!


Sambal dia marvelesssss

Nasi dia banyak, boleh tambah-tambah


Ice Blended ni order lain, bukan set Ayam penyet :p
So sape yang cadang nk lunch atau dinner dekat sini, boleh guna alamat ni;

Map dari One Borneo ke Restoran Koki Bandung, jarak dia dalam 1.6km. Jalan kaki pun boleh!
KOKI BANDUNG
LOT 108, BLOK M,
GROUND FLOOR ALAMESRA
PLAZA PERMAI, K.KINABALU
TEL: 088-485298


Sekian!

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar,
©AkuSeorangTraveler

No comments:

Post a Comment

Instagram

Followers