Gunung Rajah

Tuesday, June 9, 2015

Hi semua,

Pernah naik Gunung Rajah? Trip gunung kedua aku, Gunung Rajah. Gunung Rajah ni terletak di Bentong Pahang. Ketinggian 1,685 meter atau 5,526 sejauh 32KM (pegi balik). Tinggi oh dari Angsi. Keputusan nak ikut trip ni, agak giler bagi aku. huhu. 

Sebelum aku follow trip ni, banyak jugakla membaca. Tanya kawan-kawan yang dah biasa hiking. Siap ada yang bagitahu, trek dia susah 6/10. Pikir jugak banyakali. Nak pegi ke tak, nak pegi ke tak. Disebabkan kawan-kawan hiker semua bagi sokongan, pergi jugak aku ke Gunung Rajah.

Trip Rajah ni, aku pegi bulan May 2014. Under trip Team Anak Gunung (TAG). Meriah sebab ramai. Kami bertolak ke Bentong hari Jumaat lepas balik keje, konvoi ramai-ramai. Sampai parking air terjung Chamang Bentong dalam jam 11pm+. 

*Air Terjun Chamang, laluan masuk ke Gunung Rajah.

Trekking terus dan sampai Lata Naning lebih kurang jam 5.30pg. Rehat kat situ sampai lepas subuh dan breakfast sekali. Dalam jam 8pg+, bertolak terus ke Gunung Rajah. Trek sebelum sampai puncak sangat mental. Down kejap, dekat point Tali Batu Besar sampai ke puncak. Alhamdulillah sampai puncak dalam jam 2pm. Syukur! 


Angkat sauh, angkat sauh! hahaa. 

Dalam jam 2.30pm+ gerak turun dah, sebab hari hujan. Kami turun dengan hujan lebat. Takut jugak, sebab Gunung Rajah ni ada sejarah, orang mati kena panah petir. Cepat-cepat kami turun terus sampai Lata Naning jam 6pm+. Rehat sekejap, jam 7pm bertolak turun. Sampai parking Air Terjung Chamang jam 12pg+. Pewai!

Macam-macam gak yang jadi sepanjang ekspedisi Gunung Rajah ni. Tapi takpelah, pengalaman tu mendewasakan kita. :) Apapun aku bersyukur, sebab semuanya selamat.










Lata Naning



Bonsai








Puncak Rajah


Kem Hijau

Sape yang belum pegi Gunung Rajah, nak kasi review sikit pasal gunung ni.
  • Gunung Rajah
  • Terletak di Bentong, Pahang
  • Ketinggian 1,685 meter atau 5,526 kaki
  • Laluan, Air Terjun Chamang - Jalan Balak - Pintu Rimba - Sungai Y - Lata Naning - Kem Hijau - Bonsai - Tali Batu Besar - LWP - Puncah Rajah
  • Jarak pergi dan balik 32KM
  • Trek, mencabar
Selamat maju jaya pada yang baru nak hiking Gunung Rajah. View sangat cantik! Berbaloi la dengan treknya yang sangat mencabar, bagi saya :)

Nota Kaki: Jangan ingat sesuatu yang remeh itu mudah!

Wassalam,
AkuSeorangTraveler  

10 comments

  1. hai, nak tanya, naik gunung ni ambil masa berapa hari ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. haritu sy naik dari jam 12am, sampai puncak 2pm. sbb ada stop dekat lata naning subuh kt situ dan breakfast. lepas tu turun, dari 2.30pm stop lata naning dalam setengah jam, sampai bawah dalam 12am. huuhu

      Delete
    2. maksudnya daypack jer huhuh..tak camping. nak camping pon bole

      Delete
  2. Klu boleh nk dptkn no guide yg bawa gunung rajah ni...tq

    ReplyDelete
  3. Klu boleh nk dptkn no guide yg bawa gunung rajah ni...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak. haritu sy join team TAG. diorg yang urus smua guide. huhu

      Delete
  4. Sy nk g rajah minggu ni. Jom.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.