Gunung Angsi

Tuesday, June 9, 2015

Hi,

Trip kedua aku, hiking di Gunung Angsi. Aku beranikan diri je time ni, sebab dah suka masuk hutan. Sebelum ni naik bukit je. Kira 1st time hiking dekat gunung iaitu Gunung Angsi. Tinggi gunung ni, 825meter je. Tapi trek dia menguji mental dan mencanak jugakla.

Trip Angsi ni, kitorang naik ikut laluan Ulu Bendul. Orang kata, laluan Ulu Bendul ni mencabar sikit dari laluan satu lagi, iaitu laluan Bukit Putus. Bukit Putus ni pulak dengar-dengar cerita, agak seram sikit. haha! Dah nama pun hutan, mana-mana pun ada hantu.

Tak silap aku, trip ni tahun 2014 lepas bulan April. Pergi under Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL). Tapi tak macam pergi under diorang pun. Sebab sangat laju. Kitorang santai je. Alhamdulillah sepanjang perjalanan, semua ok. Selamat sampai puncak. Lepak-lepak kat atas tu, masak ramai-ramai, makan ramai-ramai, bergambar dan sedia untuk turun.









Sape belum pernah naik Gunung Angsi, meh aku review sikit:
  • Gunung Angsi, Negeri Sembilan
  • Terletak di daerah Kuala Pilah
  • Ketinggian 825meter atau 2,702 kaki
  • Ada 2 laluan, Ulu Bendul atau Bukit Putus
  • Bulan best untuk hike: January, February, May, June, July, August, December
Nota Kaki: Nak masuk hutan, kena buat research dulu. Wajib bawak barang-barang penting supaya senang nanti dalam hutan.

Wassalam,
AkuSeorangTraveler

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.