Bukit Tabur

Friday, June 19, 2015

Bukit Tabur. Bagi aku, kepayahan bukit ini adalah tahap "hard core" dan ianya terletak di Taman Melawati, berhampiran Zoo Negara.

Aku dah mendaki Bukit Tabur secara un-official ini, pada tahun 2010 sebab pada mulanya plan nak shoot gambar matahari terbit di puncak pertama dan kedua saja. Tetapi, entah macamana boleh terlajak sampai puncak terakhir dan turun ikut jalan kebun.

Kami bersama rakan fotografi dan beberapa orang hiker yang lain, naik pada jam 7pg. Disebabkan tunggu kawan-kawan di station minyak petronas, dan ada yang lambat. Jadi kami terlewat nak kejar view "sunrise". Bila dah sampai puncak pertama tu, matahari dah tinggi naik. Tapi, view atas puncak pertama dan kedua tetap "awesome".

Setelah lepak sampai puncak kedua, kami ikut saja perjalanan mereka-mereka yang memang asalnya ingin habiskan trail di Bukit Tabur. Ikut jela, dengan bag yang di isi dengan laptop, kamera yang berat, kasut crocs pasar malam dan memang tiada persediaan langsung nak mendaki masa tu.Kami terpaksa ikut sebab, kalau nak patah balik memang tak boleh. Curam hampir 90 darjah, nak kami turun tanpa apa-apa alat kelengkapan keselamatan. aduh!

Mendaki dan terus mendaki. Sangat bahaya, curam, gaung semua kami terpaksa lalui. Sampai satu tahap rasa nak pengsan, aku dah tak larat nak bawak bag sendiri. Nasib baik ada seorang kawan lelaki bawak kan bag, separuh perjalanan. Bla bla bla

Alhamdulillah selamat turun bawah, dalam jam 1ptg+. Ade seorang cedera, dikaki. Yang lain selamat, walau gang hiker tadi dah tinggal kitorang yang langsung takde ilmu hutan ni paling belakang sekali. huhu. Pengalaman sangat pahit bagi aku, sampai Bukit Tabur tu dah aku blacklist kan dalam senarai untuk pendakian akan datang.








Tengokla bag, kembung mcm ape je! haha
Kepada sesape yang plan nak naik Bukit Tabur, ni aku nak review sikit info pasal bukit ni.
  • Bukit Tabur atau Tabur Hill
  • Juga dikenali sebagai Bukit Hangus
  • Terletak di Taman Melawati, bersebelahan dengan Zoo Negara
  • Ketinggian 396 meter atau 1300 kaki
  • Trek agak merbahaya, berbatu, bergaung dan tebing yang curam. Naik dan turun hampir 90 darjah.
  • Hardcore untuk beginner
Nota Kaki: Aku dapat MC seminggu gara-gara naik Bukit Tabur masa tu!

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar,
©AkuSeorangTraveler

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.