Bukit Saga/Saga Hill

Thursday, June 11, 2015

Pernah hiking sini? Trek dia best untuk buat training, kalo ada plan nak naik gunung tinggi-tinggi lepas ni.

Bukit Saga ni terletak di Cheras/Ampang, Jalan Saga 28 pintu masuk untuk hike bukit ni. Nak parking kete, rasanya takde masalah. Parking je mana-mana tempat, janji tak double park kete orang lain.

*Parking area perumahan

Aku pegi sini, dengan sorang cousin aku dan kawan-kawan lain. Dalam bulan Jun 2014 jugak kalo tak silap aku trip ni. Masuk agak lewat, dah tengahari sebab pegi makan dulu sebelum hike.

Trek dia, boleh tahan. Tercungap jugak! hahaa. Ada 3 laluan, kami lalu je yang mana agak nak lalu, then terus sampai last point, sebab ada waterfall kat situ. Air terjun Sungai Batu Putih kalau tak silap nama dia.

Sampai situ, kami masak-masak, makan-makan, mandi-manda! Kebetulan time tu, team kitorang je yang ada. Sakan la! Lepak situ sampai petang. Dalam jam 5ptg+ kot baru gerak keluar dari situ, punya la seronok. Keluar dari area tu, dalam jam 8mlm. Alhamdulillah sepanjang hike, takde apa yang berlaku. Sangat best!












Abaikan tarikh tu, salah set



Bersih je trek






Jalan masuk





So, kepada siapa yang teringin nak pegi. Aku review sikit pasal Bukit Saga ni.

1. Bukit Saga/Saga Hill, Ampang
2. Bukit Saga ni sebelah Bukit Apek jer
3. Jalan Saga 28, adalah jalan masuk bukit ni. Kalau tak jumpa Bukit Saga dalam waze, korang waze jer ikut nama jalan ni
4. Ketinggian 581m / 1700kaki
5. Kesukaran Trek, medium untuk taraf bukit
Sekian.

Nota Kaki: Trek Bukit Saga sangat bersih. So kalau datang sana, jangan korang buat sampah pulak :p

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar,
©AkuSeorangTraveler

Post a Comment

Chit Chat

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.