Bukit Awam/Bukit Public

Thursday, June 11, 2015

Hi semua!

Pernah dengar Bukit Public? Bukit ni bukan dekat Semenanjung tau, bukit ni kat Sabah. Aku pernah pegi sini dalam tahun 2013 mungkin. Dah luper.

Orang tempatan selalu pegi situ training untuk panaskan badan, hiking dsb. Aku try Google, info Bukit Public ni. Tapi takder. Then aku tanya kawan- kawan aku yang memang orang sana bagitahu, bukit tu dinamakan Bukit Public sebab terletak disebelah Taman Public, Kota Kinabalu. :) Mungkin memang bukit tu takde nama, dah dekat dengan Taman Public, so orang panggil bukit tu Bukit Public.

Aku pegi dengan bff aku, sajer untuk bakar kalori berlebihan dalam badan. Tambah kalau datang tempat orang, memang makan jela kerjanyer. So sekali- sekala, panaskan badan dekat situ. Bukit Public ni, tak tinggi pun. santai-santai je hiking.

 **Asal keluar peluh! 














Di puncak Bukit Public



So sesaper nak panaskan badan, ditempat yang agak redup banyak pokok-pokok. Leh try pegi sini.

Review sikit pasal Bukit Public ni.

  • Bukit, Taman Public atau Bukit Awam 
  • Terletak di Likas, sebelah Taman Public Kota Kinabalu, Sabah
  • Ketinggian kurang pasti, tapi rendah je 
  • View atas bukit, tak bape cantik. Tapi nampakla sikit-sikit laut kat tepi bandar Kota Kinabalu tu. 
  • Nak pegi, bawakla sport shoes. Kalau pegi dengan slipar, payah jugak tu sebab ada trek menaik dan menurun jugakla. Bukan landai ek
Nota Kaki: Kalau korang memang budak sport, pegi mana-mana pun mesti nak bawak sport shoes kan? :)

Sekian.

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar, 
AkuSeorangTraveler

2 comments

  1. wah nampak menarik bukit ini. tapi jauh sangat kalau nak kena sana...follow blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. santai2 kalo nk panaskan bdn boleh la kesini :D akan follow jugak.

      btw thanks!

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.