/ Thursday, June 11, 2015

Air Terjun Sungai Putih Bukit Saga / Saga Hill

Air Terjun Sungai Putih Bukit Saga

Korang pernah sampai, Air Terjun Sungai Putih, Bukit Saga?

Kalau tak silap aku banyak laluan nak ke sini, tapi kami decide lalu Bukit Saga.

Pernah hiking Saga? Trek dia best untuk buat training, kalo ada plan nak naik gunung tinggi-tinggi lepas ni.


Bukit Saga ni terletak di Cheras/Ampang, Jalan Saga 28 pintu masuk untuk hike bukit ni. Nak parking kete, rasanya takde masalah. Parking je mana-mana tempat, janji tak double park kete orang lain.

*Parking area perumahan


Aku pegi sini, dengan sorang cousin aku dan kawan-kawan lain. Dalam bulan Jun 2014 jugak kalo tak silap aku trip ni. Masuk agak lewat, dah tengahari sebab pegi makan dulu sebelum hike.

Untuk permulaan nak naik Bukit Saga ni, trek dia, agak boleh tahan. Tercungap jugak! hahaa. Canak! So slow-slow je tak perlu laju-laju.

Selain tu, aku suka trek dia, sangatlah bersih.






Bersihkan? Bagus persatuan penduduk dekat-dekat situ jaga, mungkin..

Macam biasa, dalam perjalanan nak ke air terjun kami banyak bergambar.




Abaikan tarikh, sebab tersalah set haha
Bila dah nak sampai air terjun tu, trek dia agak canak jugak. Nasib baik ada part-part, dah disediakan tali.

Mudah sikit kan?


Jalan punya jalan, kami sampai ke Air Terjun Sungai Putih dalam jam 3ptg+

Kebetulan time tu, group kitorang je yang ada. So sakanla. Lagipun area situ takde la luas sangat. Bole la kalau nak lepak dalam 2-3 group. Tu pun rasanya macam dah sesak.






Sejuk je tengok air terjun tu haha.

Cari port, pasang fly semua dan nyalakan api. Masak-masak. Sementara ada kawan yang tolong bakar ayam, kitorang mandi :p TQ kawan!





Dah puas main air, turun makan hahaha..

Apapun, best lepak mandi manda dekat situ. Air nya takdela dalam. Yang penting port duduk dekat atas batu tu memang best hahaha..

Kalau tak silap, ade jugak yang bermalam dekat situ.

Tapi kitorang gerak balik jam 5ptg+ sebelum hari gelap.

Rupa-rupanya sampai bawah, jam 8pm+ gelap wei. Nasib baik bawak headlamp bagai. Kalau tak meraba huhu

So, sesaper yang teringin nak pegi. Aku review sikit pasal Bukit Saga ni.

1. Bukit Saga/Saga Hill, Ampang
2. Bukit Saga ni sebelah Bukit Apek jer
3. Jalan Saga 28, adalah jalan masuk bukit ni. Kalau tak jumpa Bukit Saga dalam waze, korang waze jer ikut nama jalan ni
4. Ketinggian 581m / 1700kaki
5. Kesukaran Trek, medium untuk taraf bukit
Kalau rajin lajak la sampai air terjun Sungai Putih yer!

Sekian.

Nota Kaki: Trek Bukit Saga sangat bersih. So kalau datang sana, jangan korang buat sampah pulak :p

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar,
©AkuSeorangTraveler

No comments:

Post a Comment

360° View

Virtual Tour Mount Kinabalu

Follow@Instagram