/ Monday, June 22, 2015

Air Terjun Lepoh

Assalam.

Korang pernah pegi Sungai Lepoh?

Cantik wei, jernih gila air. Seakan membiru sikit.

Air Terjun Lepoh ni, terletak di Hulu Langat, berhampiran Kampung Pangsun atau Kampung Kuala Pansoon, Selangor. Aku pergi trip ni tahun lepas, bulan Jun kalau tak silap aku dengan member Kaki Gunung. Perjalanan dari PJ ke Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat mengambil masa dalam 45 minit hingga sejam+ bergantung pada trafik nak kesana.

Korang Google Search jer Sungai Lopo, sure jumpa


Bila dah sampai tu, kita akan parking dekat area Asli Adventure Base Camp. Parking berbayar yer, sebab memang ada orang jaga parking dekat-dekat situ.


Dari base camp nak ke air terjun Lopoh tu, amik masa dalam 2jam+- trekking. Trek santai je, tak hardcore pun. Cuma ada hiking sikit-sikit.

Tapi sebelum tu, kena daftar nama dulu dekat pondok pengawal. Penting ni, kalau ada apa-apa berlaku kan? Dorang dah sedia maklum

Trek santai je ok


Disebabkan trek santai gila, banyakla kitorang snap gambar sepanjang perjalanan tu. Sampai pun lambat. Bertolak dari base camp jam 12pm, sampai Lopoh Waterfall tu jam 2.30pm haha




Bergambar lagi :p




Yeay dekat nak sampai!


Bila dah sampai tu, terpegun tengok tempat dia. Cantik! Sejuk jer





Masa kitorang sampai tu, ada satu group besar tengah santai mandi. So kitorang sementara tu, prepare la ape yang patut. Lapor pun ada. So makanan dan minuman, jangan lupa bawak yer


Insect repellent pun jangan lupa. Lebah banyak huhu

Tak lama lepas tu, group tadi pun balik. Maybe dorang dah lama berkampung :p

So, turn kitorang lak mandi. Yeay!







Lepas puas mandi, makan semua. Kitorang bertolak balik sebelum hari gelap. Orang tempatan kata situ agak keras.

Tapi actualy, kalau ada sesaper yang nak camping boleh. Sebab ada campsite dekat waterfall tu. Kalau nak bermalam, aku tak sure boleh ke tak. Kena tanya orang yang jaga situ.

Masa balik tu, hujan. So kena la pakai raincoat



So sesaper yang nak plan pegi lepas ni, aku review sikit pasal Air Terjun Lepoh ni.

1. Air Terjun Lepoh atau Lepoh Waterfall. Ada juga yang panggil Air Terjun Bukit Lepoh. Kalau kita perasan, signboard nak masuk ada tulis Sungai Lopo. Tak tau mana satu official name dia.

2. Jalan masuk ke Air Terjun Lepoh adalah dari Asli Adventure Base Camp, iaitu terletak di kilometer 3.2, Sungai Lepoh, Kampung Kuala Pansoon.

3. Parking berbayar. Tak ingat berapa RM

4. Trekking dari base camp ke air terjun, mengambil masa dalam 2jam+

5. Nak masuk untuk trekking ke air terjun kalau boleh sebelum pukul 12tghari, pengawal kat situ pesan tak boleh lewat sangat. Ada banyak cerita disebaliknya. haha!

6. Kat air terjun tu, banyak lebah. So prepare apa yang patut.

7. Kepayahan trekking, bagi aku ok. Banyak landai, ada part yang kena hiking sikit-sikit.

Nak lebih info, korang bole contact Asli Adventure Base Camp (AABC) sendiri!

Adios,
ASTraveler 2015

22 comments:

  1. Terima kasih kerana memberi contact no Asli Adventure. Owner dia Hj Zakaria tu kawan dan guide lama saya. Kenal dia lebih dari 20 tahun dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesama :D lama dh tu kenal dia. otai rimba la ni :D salam kenal. tq singgah blog saya :)

      Delete
  2. Saya pernah trekking dengan kawan2 ke air terjun Lepoh ni lebih kurang 7 @ 8 thn lepas. Masa tu kami siap camping dan bermalam lagi. Ada la beberapa kali kitorang naik ke situ waktu petang. Tak tau pulak skrg ni dah x leh naik lepas pukul 12tghari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke? sbb kebetulan haritu pakcik yang mmg jaga situ cerita panjang2. dah xbole naik lewat sangat. turun pun xbole lewat2. huhu.. mcm2 dia cerita..

      Delete
  3. Baru nak discover air terjun lopoh nie.. ada calet ke kalau nak bermalam?

    ReplyDelete
  4. xtw pulak kena panjat tinggi.bajet je pergi tetiba.x plan.dengan malam x tido pergi terus.menyesal suma pergi.start panjat kul8.kul 11 lbeh dah smpai bawah balik.sorg2 mcm ape laju.smpai atas mndi 5 minit turun terus.haha.ramai je aku tgk patah balik separuh jalan.lbeh2 lagi yg kurang fit.xleh go part curam tu kot

    ReplyDelete
  5. agak agak paling minima nak naik bukit lepoh ni berapa orang ? nak ke air terjun tu, perlu ada orang yang guide ataupon dia dah ada jalan/trek dia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xkisah berapa org pun. tp better ada yg guide. takut sesat.

      Delete
  6. Kalau kami smpai dalam pkul 6.30 pagi...dah boleh masuk ke?

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. bole. sb mcma ada tapak khemah kt situ. cuma bermalam tu. not sure la bole ke x. kena tnya orang yg jaga kawasan tu

      Delete
  8. Boleh je nak bermalam tp keselamatan sendiri2. Dia punya curam2 boleh buat mental down jugaklaa. Agaknya pakcik tu tak bg hiking dan turun lewat sgt sbb ada pak belang. Ada hikers nampak masa dorg turun so nak naik better reramai laa. Air terjun mmg best. Sejuk sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh boleh ea... errr pak belang.. ishh menakutkan.. huhu! Mmg kena hati2 sgt la gitu. kena pegi ramai..

      Delete
  9. 21/5/17 ni nk g sana... geng cmt hulu langat. Moga di permudahkan perjalanan. Broga, Jeram Lubuk Gajah dn Bukit Saga kami dh sampai...

    ReplyDelete
  10. tenkiu review bro...baru plan nk ke sana

    ReplyDelete

Instagram

Followers